Wednesday, 6 April 2016

Mari Lihat Punca Kemalangan

Isu kemalangan jalan raya tidak seharusnya dipandang remeh kerana setiap hari kita membaca berita kematian seorang atau lebih akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya merupakan peristiwa yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun di lebuh raya. Kemalangan di jalan raya biasanya boleh membawa kepada kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi.
                            Sumber : Google
             Punca pertama kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu atau penunggang itu sendiri. Hal ini disebabkan pemandu yang bersikap mementingkan diri, malah tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi jalan raya. Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.
             Di samping itu, sesetengah pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk juga akan mengakibatkan kemalangan jalan raya. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Ini akan mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Selain itu, gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan berkembar dan memotong di sebelah kiri kenderaan.
         Selain itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat, serta mampu memberi  kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan jalan raya.  
         
          Punca seterusnya ialah disebabkan keadaan struktur jalan raya yang tidak selamat daripada pelbagai aspek. Hal ini  kerana terdapat keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit, lampu jalan rosak dan tidak rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Bukan itu sahaja, struktur jalan raya yang berbelok-belok sehingga menyebabkan kenderaan terbabas atau sukar dikawal. Selain itu, struktur cerun jalan yang curam meninggikan lagi risiko kerosakan brek. 
Kesimpulannya, semua punca berlaku kemalangan dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan . Sama-samalah kita berganding bahu agar isu kemalangan di Malaysia dapat dikurangkan. 

No comments:

Post a Comment