Tuesday, 5 April 2016

Malaysia semakin panas?

Kita sedia maklum pada masa kini cuaca di Malaysia semakin tidak menentu. Hal ini dapat dilihat dan dirasai apabila pada masa kini Malaysia sedang menghadapi musim panas melampau sehingga mencecah 39 darjah celsius. Cuaca panas ini mampu memberi kesan yang negatif kepada kehidupan iaitu manusia dan hidupan lain seperti haiwan dan juga tumbuh- tumbuhan.


                              Sumber: Google
Faktor-faktor berlaku cuaca panas ini boleh juga dikatakan berpunca daripada penebangan pokok tanpa strategi, pembakaran terbuka, dan juga faktor kurang turunnya hujan. Cuaca panas memberi kesan negatif kepada manusia misalnya dari segi kesihatan dan gaya hidup seharian. Kesihatan manusia mula terganggu kerana cuaca panas. Dapat dilihat ramai orang mula terkena demam, strok haba dan penyakit yang lain yang mampu meragut nyawa.

Sebagai contoh, Maksud Heat Stroke atau Definisi Strok Haba adalah beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba yang serupa yang paling serius. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.Seperti yang sedia maklum, telah terdapat beberapa kes yang dilaporkan  berkaitan strok haba.



                              Sumber: Google
Bagi tumbuh-tumbuhan dan haiwan pula, kebanyakkan tidak mampu  bertahan dan mati begitu sahaja. Dalam pada itu, disebabkan cuaca yang terlalu panas telah menyebabkan banyak tempat berlaku kebakaran. Hal ini membahayakan orang ramai. Contohnya kebakaran sering berlaku di tepi jalan raya, di kawasan hutan dan sebagainya.


                              Sumber : Google

Oleh hal yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar  menjaga kesihatan diri. Sebolehnya elakkan berada dikawsan yang terdedah dengan panas dengan terlalu lama. Sebolehnya elakkan aktiviti luar. Disamping itu, orang ramai juga haruslah minum air secukupnya agar tubuh badan tidak dehidrasi. Seterusnya, elakkan aktiviti pembakaran dan sentiasa berhati-hati.

No comments:

Post a Comment