Sunday, 10 April 2016

Fenomena Kucing Terkenal

Seakan tidak percaya kucing juga digelar selebriti. Kini seperti berlaku satu trend atau gaya baru yang berlaku di Malaysia, jika sebelum ini kucing hanya menjadi haiwan peliharaan yang dikenali sekitar ahli keluarga tuannya. Namun kini kucing peliharaan kita juga mampu dikenali diseluruh negara bahkan diseluruh dunia.



Kucing-kucing yang menjadi selebriti ini mula terkenal di laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Mereka mula diketahui berdasarkan kisah-kisah yang tersendiri dan juga telatah masing-masing. Ada diantara mereka juga diviralkan sehingga terkenal.

Kucing-kucing yang terkenal seperti selebriti ini rata-rata mempunyai puluhan ribu malah ratusan ribu pengikut di akaun Facebook dan juga Instagram mereka. Akaun laman sosial mereka dikendalikan oleh tuan yang menjaga mereka sendiri. Kucing-kucing ini juga mempunyai barangan keluarkan mereka sendiri seperti baju, kalendar, buku dan lain-lain lagi.

Mari kita lihat antara kucing-kucing yang terkenal ini :


                                Grumpy Cat
                                Sumber : Google

Kucing ini dikenali sebagai Grumpy Cat. Dia mula terkenal setelah gambarnya disiarkan dan mula menarik perhatian orang ramai. Grumpy mempunya wajah yang sangat lucu disamping mimik muka garang membuatkan ramai orang suka kepadanya.



                                Snoopy Cat
                                Sumber : Google

Snoopy Cat ini juga mula terkenal setelah tuannya memuat naik gambarnya dikaun instagram. Snoopy adalah jenis exotic short hair Memiliki wajah seakan patung, dia menjadi kesukaan orang ramai. Wajahnya yang comel dan bersahaja mampu membuatkan peminatnya berasa gembira melihat telatahnya di Instagram. Tuannya juga gemar mendandan Snoopy seperti memakaikan Snoopy baju dan sebagainya.

                                Nala The Cat
                                Sumber : Google




Seterusnya kucing terkenal ini diberi nama Nala The cat. Kucing ini mempunyai pengikut Instagraam seramai 1juta orang lebih. Nala sangat pandai memberi posing ketika tuannya mengambil gambarnya. Nala juga mempunyai barang keluarannya sendiri seperti baju, cawan dan beg. Setiap barang keluarannya pasti mempunyai gambarnya sendiri. Barangannya boleh didapati di Nala The Cat website.

 

                        Luhu  
                        Sumber : Google

Kucing yang bernama Luhu ini terkenal pada mimik mukanya yang kelihatan sedih. Mimik mukanya kelihatan sedih adalah kerana kesan daripada pembedahan yang dilaluinya pada waktu kecil. Pembedahan itu dilakukan disekitar matanya kerana pada ketika itu matanya terdapat infeksi. Ketika itu tiada doktor yang sanggup melakukan pembedahan berikutan Luhu masih kecil. Namun begitu tuannya iaitu Liu telah berjumpa dengan seorang doktor dari Kanada yang berani melakukan pembedahan terhadap Luhu. Justeru Luhu masih mempunyai umur yang panjang.

Kesimpulannya, pada masa kini tidak ada yang mustahil sehingga kucing pun mampu terkenal seperti selebriti. 



Wednesday, 6 April 2016

Mari Lihat Punca Kemalangan

Isu kemalangan jalan raya tidak seharusnya dipandang remeh kerana setiap hari kita membaca berita kematian seorang atau lebih akibat kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya merupakan peristiwa yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun di lebuh raya. Kemalangan di jalan raya biasanya boleh membawa kepada kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi.
                            Sumber : Google
             Punca pertama kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu atau penunggang itu sendiri. Hal ini disebabkan pemandu yang bersikap mementingkan diri, malah tidak sabar ketika berada di jalan raya dan tidak mematuhi jalan raya. Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang memandu kereta dengan laju tanpa mematuhi had laju yang dibenarkan. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.
             Di samping itu, sesetengah pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk juga akan mengakibatkan kemalangan jalan raya. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Ini akan mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Selain itu, gelagat penunggang motosikal yang suka memecut dan memotong kenderaan lain dalam keadaan yang tidak selamat seperti di kawasan yang sempit, di selekoh, di garisan berkembar dan memotong di sebelah kiri kenderaan.
         Selain itu, kelemahan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya. Walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat, serta mampu memberi  kesan terhadap psikologi masyarakat tempatan, namun ketidaktegasan dalam pelaksanaan undang-undang sudah pasti membuka ruang kepada sesetengah pihak untuk terus melakukan kesalahan jalan raya.  
         
          Punca seterusnya ialah disebabkan keadaan struktur jalan raya yang tidak selamat daripada pelbagai aspek. Hal ini  kerana terdapat keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, sempit, lampu jalan rosak dan tidak rata sudah pasti mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Bukan itu sahaja, struktur jalan raya yang berbelok-belok sehingga menyebabkan kenderaan terbabas atau sukar dikawal. Selain itu, struktur cerun jalan yang curam meninggikan lagi risiko kerosakan brek. 
Kesimpulannya, semua punca berlaku kemalangan dapat diatasi sekiranya semua pihak memainkan peranan . Sama-samalah kita berganding bahu agar isu kemalangan di Malaysia dapat dikurangkan. 

Tuesday, 5 April 2016

Malaysia semakin panas?

Kita sedia maklum pada masa kini cuaca di Malaysia semakin tidak menentu. Hal ini dapat dilihat dan dirasai apabila pada masa kini Malaysia sedang menghadapi musim panas melampau sehingga mencecah 39 darjah celsius. Cuaca panas ini mampu memberi kesan yang negatif kepada kehidupan iaitu manusia dan hidupan lain seperti haiwan dan juga tumbuh- tumbuhan.


                              Sumber: Google
Faktor-faktor berlaku cuaca panas ini boleh juga dikatakan berpunca daripada penebangan pokok tanpa strategi, pembakaran terbuka, dan juga faktor kurang turunnya hujan. Cuaca panas memberi kesan negatif kepada manusia misalnya dari segi kesihatan dan gaya hidup seharian. Kesihatan manusia mula terganggu kerana cuaca panas. Dapat dilihat ramai orang mula terkena demam, strok haba dan penyakit yang lain yang mampu meragut nyawa.

Sebagai contoh, Maksud Heat Stroke atau Definisi Strok Haba adalah beberapa penyakit yang berkaitan dengan haba yang serupa yang paling serius. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang mengancam nyawa disebabkan daripada kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme. Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.Seperti yang sedia maklum, telah terdapat beberapa kes yang dilaporkan  berkaitan strok haba.



                              Sumber: Google
Bagi tumbuh-tumbuhan dan haiwan pula, kebanyakkan tidak mampu  bertahan dan mati begitu sahaja. Dalam pada itu, disebabkan cuaca yang terlalu panas telah menyebabkan banyak tempat berlaku kebakaran. Hal ini membahayakan orang ramai. Contohnya kebakaran sering berlaku di tepi jalan raya, di kawasan hutan dan sebagainya.


                              Sumber : Google

Oleh hal yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar  menjaga kesihatan diri. Sebolehnya elakkan berada dikawsan yang terdedah dengan panas dengan terlalu lama. Sebolehnya elakkan aktiviti luar. Disamping itu, orang ramai juga haruslah minum air secukupnya agar tubuh badan tidak dehidrasi. Seterusnya, elakkan aktiviti pembakaran dan sentiasa berhati-hati.