Warga asing dalam sektor binaan
sumber:Google
Warga
asing merupakan orang-orang yang berasal dari negara luar dan
kemudiannya bekerja di luar negara untuk mencari dan menambahkan lagi
pendapatan mereka. Apa yang kita ketahui, kebanyakkan warga asing ini
berasal dari negara yang serba miskin dan mundur disebabkan terlalu
ramai penduduk sehingga ruang pekerjaan tidak mencukupi bagi mereka.
Pihak kerajaan mereka juga tidak mampu membantu dan menhulurkan bantuan,
malah ada yang langsung tidak memperdulikan rakyatnya yang susah,
kerana mereka hanya mementingkan pembangunan negara sahaja, tidak pada
rakyatnya. Jadi, ramai yang telah berhijrah ke luar negara untuk mencari
wang bagi menampung kehidupan keluarga mereka seharian.Oleh hal yang demikian, negara Malaysia antara negara pilihan warga asing. Rata-rata mereka memilih Malaysia kerana tinggi peluang pekerjaan dimana gaji yang ditawarkan juga agak lumayan. Selain itu, keamanan negara Malaysia juga menjadi sebab mereka datang ke sini. Hal ini kerana mereka mempunyai harapan untuk melalui hidup yang aman damai berbanding di negara mereka sendiri kerana kita sedia maklum bahawa negara asal mereka mempunyai masalah ekonomi dan juga sering berlaku pergaduhan sesama sendiri.
Mungkin jika dilihat dari mata kasar mereka dipandang negatif. Mereka seolah-olah tiada kepentingan dan hanya mendatangkan masalah. Namun negitu, kita tidak boleh menafikan bahawa mereka juga adalah punca bangunan-bangunan tinggi dinegara kita dibina dengan pantas. Ini semua adalah hasil keringat mereka juga. Tanpa mereka mungkin bidang pembinaan kita menjadi lembab. Kita sedia maklum bahawa rakyat Malaysia kurang gemar berkerja dalam bidang pembinaan. Selain itu, warga asing juga ada yang berkerja dalam bidang perladangan. Pendek kata mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja walaupun kerja yang dilakukan adalah kerja berat.
Oleh itu sebagai manusia yang prihatin kita mestilah berfikiran positif . Disamping itu, pihak yang bertanggungjawab juga haruslah memainkan peranan dalam menguruskan isu warga asing ini agar kemasukkan mereka ke Malaysia sentiasa dipantau dan mengikut undang-undang. Sekian.